Perjalanan sukarelawan cakna komuniti ( PASAK ) tidak terhenti setakat misi banjir sahaja , malahan di teruskan lagi dengan mengunjungi warga pusat jagaan Emas OKU Nur di Tasik Titiwangsa pada 24 Januari 2015 , untuk melayan karenah warga emas OKU mental di sana . Allhuakbar bertapa sucinya hati mereka . Tatkala warga emas itu di tinggalkan kesepian oleh anak-anak mereka , di satu kelompok kecil ada lagi insan yang sudi menjengah dan melayan mereka seperti ibu bapa sendiri .
Biarlah gambar berbicara . Kelu lidah ini untuk berbicara . Kepada anak-anak di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa hargailah mereka , ziarahi mereka ,doakan kesejahteraan mereka . Kepada anak-anak yang sudah kehilangan ibu bapa ,jangan ditangisi pemergian mereka, bukan tangisan yang mereka pinta , tetapi doa kita yang ikhlas , harta mereka yang kita infaq kan ke jalan Allah dan silaturahim yang kekal erat dengan saudara - mara dan sahabat mereka .

Perkongsian dari seorang sahabat sukarelawan PASAK yang menyertai aktiviti PASAK di Pusat Jagaan Warga Emas OKU Mental di Tasik Titiwangsa baru baru ini.
............................
Nama pakcik ni Mahmud. Umur 66 tahun. Tiada isteri dan anak.. Bila berjumpa dengan dia, dia akan buat isyarat tangan untuk hisap rokok. "Tuan rokok ada?" Siapa2 yang lalu pasti dia akan minta rokok. Tapi nasib tak menyebelahi dia sebab saya tak hisap rokok . Dia akan panggil tuan pada sesiapa sahaja.
Berborak dengan dia, banyak cerita pakcik mahmud bualkan. Ingatan masih kuat. Alamat rumah pun masih ingat. No telefon adik dia pun hafal. Asal dari Perak. Adik beradik 10 orang, 2 orang dah meninggal. Adik beradik ada kat Klang, Shah Alam dan sebagainya. Lahir 24 Mei 1949
Dulu kerja kastam, siap bagi no badan kastam. Tapi saya lupa apa nombornya. Masa kecil pernah ditawarkan masuk maktab kolej kuala kangsar (mckk) tapi mak tak bagi. Kemudian sekolah smk seri puteri perak.
Kaki belah kiri dah kena potong sebab kencing manis. Pernah masuk hospital mental 2 tahun kata pakcik ni..
Kemudian saya tinggalkan pakcik ni sekejap. Di luar pagar ada abang bangladesh tengah cari kotak2..pakcik Mahmud minta sebatang rokok, kemudian bangla tu bagi sebatang. Pakcik hulurkan RM1 nak bayar tapi bangla tu menolak. Akhirnya pakcik ni dapat juga hisap rokok hari tu.
Saya pergi ke arah pakcik tu balik.. "Dah dapat rokok ye?". Pakcik jawab "Pakcik dapat sebatang sehari dah ok, kalau tak batuk dan selsema".
Pakcik dari sekolah lagi dah hisap rokok. Pakcik Mahmud terus hisap rokok sampai habis. Itulah ubat dia. Kalau tak hisap rokok sehari mungkin tak senang duduk. Kemudian kami terus berbual. Kadang2 saya tinggalkan sekejap dan datang balik. Bagi makan dan minum..
Pakcik Mahmud panggil saya. "Tuan ada seringgit?" Saya tanpa membuang masa menyeluk beg pinggang saya dan berikan pakcik RM1. "Nanti pakcik dah gaji pakcik bayar balik ye"... Tak perlu pakcik, saya beri terus pada pakcik..
Sebelum pulang, dia lambai tangan kepada saya.. Dan pakcik ni akan pulang kembali ke Pusat Jagaan OKU Nur (Pusat jagaan warga emas dan oku mental) batu 16, Rawang..

Terima kasih @sukarelawanpasak kerana menganjurkan program bersama-sama warga emas dan oku.
#JuneHadi
Caringbyheart
Caringbyheart
Berbuatlah kebaikan dan amal sholeh sebanyak mungkin selama kita masih hidup di dunia ini agar nantinya .. kita dapat memiliki bekal yang cukup untuk dibawa apabila sudah waktunya kita meninggalkan dunia yang fana ini ...
Sekian dahulu coretan ku hari ini. Semoga niat baik kita diberkati Allah. Biarlah Allah yang menilai setiap perbuatan kita .
Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi :
Cik June di 011-24307793.
@
Ibnu Walid (Ketua PASAK ) 013-2609919 .
mindaglory@gmail.com
No 3-1 Jalan 9/9C, 43650 Bangi, Malaysia