Assalamualaikum w.b.t...
Maaf la lambat update yer. Biasalah manusia ni kadang2 ada masa dia sihat ada masa dia sakit ada masa dia senang ada masa dia susah .
Jadi ingat lah lima perkara sebelum lima perkara :
Begitu juga dengan masa kita perlu ada DISIPLIN DIRI dalam menjaga masa kita :
Ok lah sebenarnya bukan persoalan masa yang ingin saya nukilan kan di sini . Saya ingin mengajak anda melihat sendiri pengalaman kami di kawasan yang teruk terjejas banjir atau lebih sinonim dengan "total lost " .
17 JANUARI 2015 SABTU
3.00PAGI : Berhenti rehat di Hentian Rehat Gua Musang.
6.00PAGI : Bertolak ke Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra Gua Musang untuk solat subuh.
8.00PAGI : Meneruskan perjalanan ke lokasi misi banjir .
Bersarapan roti gardenia yang hanya di sapu kaya dan air mineral di dalam bas ( Alhamdulillah ,syukur rezeki dipagi hari ) .
Berdepan dengan kesesakan lalu lintas hampir setengah jam akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan lori membawa muatan limau mandarin dan sebuah van .
11.00PAGI : Tiba di Kg Tesen , Kemubu .
Kami sempat melawat kawasan sekitar stesen kereta api Kemubu yang menjadi jalan perhubungan utama Bertam Baru - Dabong .
12.30TGH HARI : Trak ATM tiba untuk membawa kami dan barang - barang keperluan serta peralatan membersih ke SK. Kemubu .
12.45TGH HARI : Pihak sekolah dan sukarelawan sedang sibuk menyediakan makan tengah hari ketika kami tiba di Sk Kemubu .
Selepas memunggah barang - barang dari dalam trak ke dalam bilik stor sekolah kami turut serta membantu sukarelawan lain menyediakan makanan tengah hari .
Sementara menunggu waktu makan , kami merbersihkan peralatan bilik darjah seperti kerusi dan meja dengan bantuan daripada Team ATM dan bekalan air dari SYABAS .
1.00TGH HARI : Kami menjamah makanan tengah hari dengan berselera walaupun ala kadar ( Alhamdulillah ,syukur masih di beri rezeki ) .
Solat zohor dan berehat sebentar di dalam bilik darjah yang telah di bersihkan .
3.00PTG : Kami di arahkan turun kembali ke kawasan stesen kereta api untuk mendirikan khemah .
Mengagihkan bantuan kepada penduduk setempat .
4.30PTG : Membersihkan diri dan solat Asar .
Membahagikan tugasan dikalangan ahli .
7.00PTG : Solat maghrib.
Makan malam .
Membuat unggun api .
![]() |
Khemah tempat kami berteduh yang telah siap di bina |
![]() |
Unggun api untuk menghalau nyamuk dan menerangkan kawasan khemah kerana ketiadaan bekalan elektrik |
8.30MLM : Solat Isyak .
Merehatkan diri / tidur untuk meneruskan misi esok hari .
18 JANUARI 2015 AHAD
Kokokan ayam jantan mengejutkan kami yang sedar tidur . Jam menunjukan ke angka 4.00 Pagi . Ternyata ada rakan - rakan yang masih berjaga di keliling unggun api . Subhanallah , hebatnya insan - insan ini .
Terdetik di hati ini memikirkan apa juadah sarapan yang ingin kami sediakan pada pagi ini . Kerana kasihan melihat rakan yang berjaga malam Kak June ( setiausaha ) menyediakan maggi goreng untuk melapik perut dan saya menyediakan air teh . Kami berbual - bual kosong sementara mennanti waktu subuh .
6.15PAGI : Semua ahli telah bangun dan membersihkan diri untuk solat subuh berjemaah.
6.30PAGI : Ahli wanita bergerak ke dapur menyediakan sarapan . Alhamdulillah ada beberapa bungkus maggi , sebungkus bihun dan seperiuk nasi malam tadi untuk juadah sarapan pagi . Juadah ringkas sahaja disediakan semuanya digoreng .
7.15PAGI : COACH NIZA ARIS telah mengadakan sesi TERAPI HATI di sebelah khemah . Sungguh menyentuh hati sesi ini.
7.40PAGI : Semua ahli bersarapan pagi .
Selepas itu ahli memulakan tugas masing - masing membersihkan kawasan rumah pak cik Wan Daud
Ternyata lah masa begitu mencemburui kami . Walaupun hanya sebahagian rumah sahaja dapat kami bersihkan tetapi kami bersyukur kerana dapat meringankan beban mangsa banjir . Sebelum bertolak pulang kami sempat menjamah makan tengah hari bersama - sama mak cik dan pak cik Wan Daud . Tepat jam 2.00 Petang kami mengemaskan barang - barang kami dan menaiki bas . Kami amat berterima kasih kepada pak cik Wan Daud sekeluarga kerana memberi kami menumpang makan ,tidur dan mandi di kawasan rumah nya .
#pasakkanhatimu
#pasakkanniatmu
#SUKARELAWANPASAK
#KASR
#KMUB
#PROJEK3RINGGIT
Semoga bertemu lagi kita di ruangan akan datang . Segala kesalahan bahasa atau terkasar bahasa saya pohon maaf .
No comments:
Post a Comment