Assalamualaikum w.b.t .... Bersyukur ke hadrat ILLAHI di atas kurnianya dapat kita bersama - sama menghulurkan bakti kita pada yang memerlukan . Setelah di persetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi PASAK , saya dengan rasa rendah dirinya mencipta blog ini untuk PASAK sebagai TRAVELOG sepanjang misi kita .
Selamat datang ke dunia sukarelawan PASAK.
Persatuan Sukarelawan Cakna Komuniti (PASAK) adalah merupakan satu badan bebas untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akibat bencana alam. Persatuan ini juga berfokus menguruskan kerja-kerja kebajikan yang berkaitan. Keahlian adalah terdiri daripada kumpulan usahawan dan belia lepasan universiti. Pengalaman terbaru kami ialah menguruskan bantuan kepada mangsa banjir di Tanah Merah dan Batu Jong Kuala Krai Kelantan baru-baru ini.
Objektif Persatuan PASAK ini ditubuhkan adalah untuk:-
1. Merancang, melatih dan mengurus serta memantau perlaksanaan program sukarelawan dan kemanusiaan yang diterajui oleh usahawan-usahawan Koperasi Minda Usahawan.
2. Menguruskan penghantaran sukarelawan yang terdiri daripada usahawan ke setiap aktiviti sukarelawanan yang bersesuaian yang mampu memberi manfaat kepada usahawan dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan insaniah.
3. Memberi usahawan pendedahan kepada kesukarelawanan dengan penglibatan serta-merta dalam kerja-kerja dan aktiviti kesukarelawanan.
Misi PASAK
Menggerakkan komuniti untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan kemanusiaan dan menjalankan kerja-kerja kebajikan.
No comments:
Post a Comment